Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Friday, July 28, 2006

Riz

1st day pertemuan....

sejak jumpa dia 1st time kat klcc... aku tak rasa apa2 lagi.. tapi bila dah masuk kali ke 2 jumpa dia... aku dah rasa lain macam.. dia dah mula kuarkan kata2 jiwang kat aku.. aku tau ni adalah pertama kali dia berperasaan mcm tu.. dia tak pernah bercinta sebelum ni.. tak berani nak berbual dengan perempuan.. amat pemalu... aku rasa aku yg paling bertuah kerana berjaya membuatkan dia tak segan n malu dgn aku...

pertemuan ke 2.....

kali ke 2 kami ke alamanda, kemudian ke dataran putrajaya.. ujan renyai2 masa tu, so tak dpt la kami pergi ke tebing tu utk melihat ikan2.. naik kereta dia... kemudian nak balik dia hantar aku sampai ke tmn kencana. memula dia nak antar sampai balik kerumah, tapi akhirnya dia segan.. masih lagi tak berani nak berhadapan dgn keluarga aku... ye lah.. masih terlalu awal perkenalan kami walaupun dah nak hampir 2 thn.. tapi baru nak berjumpa...

pertemuan ke 3...

isnin, aku ke prolintas.. kebetulan dia ajak lunch skali... aku pun ok jer.... memula ingat nak lunch nasi briani, tapi parking pulak penuh.. tambah tgk mcm nak ujan..... lastly mkn nasi campur jer kat sebuah restoran sederhana....

pertemuan ke 4....

selasa, aku ingin ke tesco yg baru bukak tuh.. dia nak ikut.. dia dtg waktu ptg lepas keje.... aku balik lewat sikit ke rumah.... kononnya mak aku suruh beli slim belt osim tuh.... duit pulak tak cukup.. ermmm..

pertemuan ke 5...

1 rejab.. aku mengajaknya berpuasa. aku mengejutkannya utk bersahur. tapi dia hanya minum air kosong jer.. letih benar agaknya... dia nak jumpa lagi.. aku nak ke tesco tengahari tuh. dia nak ikut juga..aku nak beli osim belt tu..mak aku nak jugak walaupun mahal... dia temankan aku jalan2.. kemudian dia nak brg2 makanan utk dia berbuka nanti..

pertemuan ke 6...

khamis, aku gi jemput dia utk makan nasi briani... tercapai gak akhirnya nak makan nasi briani.. tapi tudung aku lak buat hal.. terlalu ketat.. susah aku nak makan... tambah lagi rambut aku dah mula kuar2.. ish... tensen betul....


hari ni.. jumaat...
aku terlalu merindui dia..
dia lebih rendah dari aku...
tidak tersenarai dlm ciri2 lelaki idaman aku...
cos aku tinggi.. lebih tinggi dari dia...
aku tak leh dah pakai kasut tumit tinggi lagi...
kene carik sandal yg takda tumit...
nak wat cane kan..
hati dah mula berbunga :)
tapi aku berdoa..
agar bahagia ini berkekalan...
kerna aku masih lagi menunggu kata2 itu dari bibirnya sendiri...
aku tak sabar nak menanti!!!

2 Comments:

At Saturday, August 12, 2006 5:18:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

 
At Thursday, August 17, 2006 10:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

I say briefly: Best! Useful information. Good job guys.
»

 

Post a Comment

<< Home