Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Monday, July 10, 2006

Risau

Sakitnya perut aku hari ni. Rasa loya nak muntah jer. Aku lapar. Aku haus. Tapi aku sakit nak bergerak. Dalam opis ni. Nak pegi ke bank pun tak larat. Semalam lepas jer jumpa abg khairul, aku terus balik umah. Rupanya aku dtg bulan. Cepat betul bulan ni. Patutlah aku rasa haus jer semalam.. asyik nak beli air jer...

Aku rindukan dia.. aku rindukan abg khairul.. suke kah dia pada aku? aku boleh terima jer kalau dia tak dapat menerima aku. Sebab aku sedar, aku mmg byk kekurangan. Aku tinggi, agak besar saiz tubuhku. berkulit cerah & licin, cuma... aku tidak punya hidung yang mancung seperti orang lain. Abg khairul punya segalanya. Hidungnya mancung, berkulit cerah bersih dan yang paling membuat aku teruja adalah anak matanya yang coklat itu. Sungguh mengasyikkan!

Senyap jer abg... masih lena di ulit mimpi agaknya...

Abg... kalau abg rasa 'terpaksa' menerima saya, baik jauhkan. Sebab saya tak pernah memaksa abg untuk memilih saya... Cuma abg perlu tahu satu perkara.... saya dah mula cintakan abg...
sepenuh jiwa saya....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home