Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Friday, July 21, 2006

Dila (lelaki)

hari ini, hari yg betul2 buat aku pening. dila, nama yang sudah terlalu lama terlukis dlm hati aku selama ini. sejak dibangku sekolah lagi (darjah 6) aku mula menyukai dia. aku sendiri yang berani menghantar surat cinta kepadanya. tapi masa tu budak2 lagi, so perasaan malu tu mmg takde. tapi dia punya ramai peminat. siapalah aku ni nak dibandingkan dgn budak pompuan lain masa tuh. ramai lagi yg cantik2..

lepas upsr, aku ke sekolah asrama. semuanya aku tinggalkan. semuanya aku lupakan.. jauh dari semua orang. aku jadi orang baru. kononnya nak lari dari semua ini.

selepas 5 thun, lepas spm, dia mula menghubungi aku. penah skali dia dtg ke rumah aku masa open house. aku sungguh gembira. terlalu gembira. walaupun pada masa tu aku masih lagi sedang bercouple dgn kmie.

aku ingat dia masih punya hati pada aku. rupanya aku masih lagi bertepuk sebelah tangan. aku hanya kawan biasa. tak lebih. aku teruk di marahi oleh aweknya pada masa tu sbb mengganggu hubungan mereka. aku tak tahu yg dia dah pun ada awek. sedih betul ati aku. lepas tu aku terus tak hubungi dia lagi. dia pun sama. aku terus ilang begitu jer. cuma aku doakan kebahagiaan mereka.

dah putus dgn kmie, aku putus pulak dgn zam. semuanya tak lama. setahun dua aja...

tapi hari ini... dila kembali semula dalam hidup aku... bagai nak tersentak jantung hatiku bila mendengar suara itu yg sudah terlalu lama ilang dari pendengaran. sikit pun aku tak letak harapan selepas 3 tahun dia tinggalkan aku mcm tu jer. semuanya dah padam.

tapi bila mendengar suaranya tadi, hati aku mula berkecamuk semula..byk cerita dari dia... cerita yang dia kini sudah ditinggalkan kekasihnya itu... dari gerak ceritanya, dia menyesal kerana membiarkan aku keseorang pada waktu itu. mmg pedih masa tu, sorang pun tak tahu. dia menyesal kerana selama ini dia tak pernah menghargai perasaan aku padanya satu waktu dulu. layanan dia waktu dulu terlalu keras. aku yang akan beralah jika dilayan begitu. akhirnya aku yang membawa diri. cinta tak kesampaian. orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh2 lagi kan....

skrg.. saat ini... pilihan telah menjadi lebih berat...
abg khairul telah aku settlekan malam tadi... dgn sms aja, aku terangkan perkara sebenar. aku masih tak yakin dgn dia sbb kami terlalu jauh jarak dan terlalu baru usia perkenalan kami.
riz, aku hrp esok penentu segalanya.. aku hrp sgt dia akan luahkan isi hatinya pada aku. dan aku berkira2 akan terus berbincang dgnnya secara serius. klu dia tak brsedia nak bertunang, aku tak leh nak paksa. tapi aku hrp sgt... supaya dgn adanya ikatan dgn riz, aku akan dpt melupakan dila.... kerana aku tak nak terlalu lama berhubung semula dgn dila.. aku tak nak beri apa2 harapan pada dia.... dan paling aku takut, aku akan mula berubah hati pada dila semula... tak sampai ati aku nak lukakan hati suci riz jika dia benar2 inginkan aku sbg kekasihnya... biarlah.. tunggu esok, adalah penentu segalanya...

3 Comments:

At Saturday, August 05, 2006 12:14:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

 
At Friday, August 11, 2006 8:50:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»

 
At Wednesday, August 16, 2006 5:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

I love your website. It has a lot of great pictures and is very informative.
»

 

Post a Comment

<< Home