Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Tuesday, July 11, 2006

Aku Sepi

Sepi lagi. Terasa sangat. Aku cuba untuk menceriakan hari-hari aku. Tapi gagal. Abg Khairul dah balik ke JB semula. Aku tinggal sendirian lagi. Tak puas rasanya aku dapat bersamanya. Masih lagi banyak jawapan yang aku inginkan dari bibirnya. Terlalu banyak soalan yang tak sempat keluar dari bibirku.
Abg akan selalu turun kl.
Abg akan bincang dengan ibu & kakak abg nanti.
Abg akan pindah keje ke kl lepas kita tunang nanti.
Abg akan pindah tempat stadi abg kat utmkl nanti.
Abg akan tukar no hp abg ke 012 nanti.
Abg akan....
Aaaahh!.... banyak betul janji2 dia padaku. benarkah? atau itu hanyalah janji2 manisnya? Aku keliru. antara percaya atau tidak. mungkinkah dia serius? atau sekadar ingin mengambil hatiku?
bila berjauhan begini, aku rasa takut. sbb aku tak pernah percaya dengan cinta jarak jauh? cinta? aku sedang bercinta? bila? perlukah ada declare utk bercinta? atau ianya berlaku secara automatik saja?
nak jer aku tanya betul2 kat abg.... tapi keadaan byk tak mengizinkan... aku lebih suka berbincang dlm keadaan tenang dan serius. aku tak nak main2...
ini soal hidup ..
soal masa depan aku...
soal masa depan aku bersamanya?
mungkinkah??
aku harap dialah jodoh aku...
kerana aku dah terlalu penat untuk mencari sebuah bahagia...

5 Comments:

At Tuesday, July 11, 2006 2:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

tak salah kalau nak menilai dari pandang pertama..
cerita kau sama dengan cerita aku..
satu masa dulu..berjumpa..jatuh cinta..merindu pada tak pasti..berjauhan..
tetapi berakhir dengan kecewa..tapi aku harap ko bukan aku..dan sememangnye ko bukan aku

Satu ingatan...jangan tewas kerana nafsu..nafsu itu buta..kalau kau seteguh mana..pegang pada agama..ingat pada keluarga..sebab yang menanggung adalah engkau...

 
At Sunday, July 16, 2006 12:21:00 AM, Anonymous cinta said...

anonymous,

terima kasih atas nasihat itu. nafsu kadang2 tak dpt ku kawal. terlalu gelora jiwa ini tatkala sering bersama lelaki. nauzubillah.. aku takut dengan semua ini..
akan aku sentiasa ingat pesanan mu ini sahabat..

terima kasih.

 
At Thursday, August 10, 2006 12:30:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

 
At Friday, August 11, 2006 6:05:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»

 
At Wednesday, August 16, 2006 2:56:00 PM, Anonymous Anonymous said...

I say briefly: Best! Useful information. Good job guys.
»

 

Post a Comment

<< Home