Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Sunday, July 09, 2006

Abg Khairul

Akhirnya, aku jumpa gak dgn abg khairul.. sanggup dia dtg kl dari jhr semata2 nak jumpa aku. Aku yang berkali2 ajak dia jumpa. Sbb aku tak nak terus-terusan memendam rasa. Aku takut makin parah kalau tak bertemu.

Dia sampai di puduraya seperti yg dijanjikan. Aku terlambat hampir setengah jam gara2 aku terlewat utk mendapatkan bas. Akhirnya aku naik teksi dan kemudian terus naik star. Star pulak lambat bergerak sejak dari terminal pertama lagi. Risau betul aku. Abg khairul pula dah beritahu yg dia dah sampai pudu. Sian dia tunggu aku lama.

Akhirnya jumpa gak dia. Mmg serupa dlm gambar mms yg diberi. Ketinggiannya lebih kurang aku jer. Aku agak tinggi. Nasib baik dia tak lebih rendah dari aku. Cukup2 sesaiz jer dgn ketinggian aku.

Kemudian kami bergerak makan kat kfc depan puduraya tu. Aku tak brp selera. Tak tau apasal. Kat umah aku hanya jamah sikit jer nasi. Aku tak dpt habiskan cheesy wadges n burger tuh. Dia tlg mkn sikit. Aku tau dia lapar. Sian dia.

Mata dia tak lepas dari asyik pandang ke muka aku jer. Mata dia lawa. Brown. Kulit dia lebih cerah dari aku. Putih. Lebih putih dari aku… jelesnya aku!! Ehehe..

Pas borak2, aku ajak dia naik putra ke klcc. Aku nak ajak dia bersiar2. Sian dia jauh kene jalan. Aku pulak kemain bersemangat melangkah. Padahal panas terik. Muka aku ni rasa cam terbakar jer..

Aku kan, serius ckp, aku rasa nak pegang jer tangan dia. Tapi aku segan. Aku tunggu jer dia nak pegang tangan aku ke tidak. Sbb kami jalan beriringan, selalu tangan bersentuhan tak sengaja. Aku bukannya apa, ntah laaa… isk… aku terasa yg aku ‘kosong’.. mcm manusia lain, aku inginkan belaian.. dari seorang lelaki…. Itu jer.. tak lebih.. sbb aku masih punya maruah dan harga diri… background aku cukup kuat setakat ni….

Dia kata dia tak penah naik putra n star. So aku bawak la dia ke klcc naik putra. Kami tak dpt duduk, berdiri jer mengadap pintu. Masa dlm terowong, pintu tren tu membalikkan wajah kami. Aku tau dia asyik pandang aku.. aku sedar mata dia… Cuma aku jer yg buat2 tak sedar… aku biarkan dia lihat aku… aku tak berani nak membalas…

Sampai klcc, kami dok kat taman tu. Nasib baik cuaca ok.. redup. Kami borak2. aku tgk ic dia, dia tgk ic aku. Saje. Kami dok rapat. Aku suka layanan dia. Sungguh selesa. Aku rindukan mata dia…. Mata dia sgt cantik… brown..

Lepas hampir kul 530, aku ajak dia gerak ke pudu. Aku tak nak dia terlepas bas dia kul 630. sampai pudu dlm kul 6.00. so gi toilet dulu, pastu aku ajak dia gi beli kaset dewa jap. Bas dia lewat dlm 10 mnt. Aku turun sampai bawah antar dia.

Aku berat ati sungguh nak bagi dia pergi. Sbb aku tak puas berbual dgn dia. Masa dia melangkah nak naik, dia sempat patah balik ke arah aku… aku hulurkan tgn aku, dan bersalam dgn dia. Aku tunduk cium tgn dia. Menandakan aku menerima dia sepenuh jiwa aku…

Aku harap dialah yg terbaik buat aku…..
Ya Allah, jika benar dia jodohku, permudahkan urusan kami…
Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah hati kami…
Aku redha ….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home