Sepi Tanpa Cinta

Ungkapan paling mudah menggambarkan rasa hati ini.. Sampai bilakah hati ini harus terus menyendiri, tanpa hadir sebuah rasa yang dinamakan CINTA ?.... Tidak layak kah aku untuk merasakan apa itu BAHAGIA ?...

Friday, July 28, 2006

Riz

1st day pertemuan....

sejak jumpa dia 1st time kat klcc... aku tak rasa apa2 lagi.. tapi bila dah masuk kali ke 2 jumpa dia... aku dah rasa lain macam.. dia dah mula kuarkan kata2 jiwang kat aku.. aku tau ni adalah pertama kali dia berperasaan mcm tu.. dia tak pernah bercinta sebelum ni.. tak berani nak berbual dengan perempuan.. amat pemalu... aku rasa aku yg paling bertuah kerana berjaya membuatkan dia tak segan n malu dgn aku...

pertemuan ke 2.....

kali ke 2 kami ke alamanda, kemudian ke dataran putrajaya.. ujan renyai2 masa tu, so tak dpt la kami pergi ke tebing tu utk melihat ikan2.. naik kereta dia... kemudian nak balik dia hantar aku sampai ke tmn kencana. memula dia nak antar sampai balik kerumah, tapi akhirnya dia segan.. masih lagi tak berani nak berhadapan dgn keluarga aku... ye lah.. masih terlalu awal perkenalan kami walaupun dah nak hampir 2 thn.. tapi baru nak berjumpa...

pertemuan ke 3...

isnin, aku ke prolintas.. kebetulan dia ajak lunch skali... aku pun ok jer.... memula ingat nak lunch nasi briani, tapi parking pulak penuh.. tambah tgk mcm nak ujan..... lastly mkn nasi campur jer kat sebuah restoran sederhana....

pertemuan ke 4....

selasa, aku ingin ke tesco yg baru bukak tuh.. dia nak ikut.. dia dtg waktu ptg lepas keje.... aku balik lewat sikit ke rumah.... kononnya mak aku suruh beli slim belt osim tuh.... duit pulak tak cukup.. ermmm..

pertemuan ke 5...

1 rejab.. aku mengajaknya berpuasa. aku mengejutkannya utk bersahur. tapi dia hanya minum air kosong jer.. letih benar agaknya... dia nak jumpa lagi.. aku nak ke tesco tengahari tuh. dia nak ikut juga..aku nak beli osim belt tu..mak aku nak jugak walaupun mahal... dia temankan aku jalan2.. kemudian dia nak brg2 makanan utk dia berbuka nanti..

pertemuan ke 6...

khamis, aku gi jemput dia utk makan nasi briani... tercapai gak akhirnya nak makan nasi briani.. tapi tudung aku lak buat hal.. terlalu ketat.. susah aku nak makan... tambah lagi rambut aku dah mula kuar2.. ish... tensen betul....


hari ni.. jumaat...
aku terlalu merindui dia..
dia lebih rendah dari aku...
tidak tersenarai dlm ciri2 lelaki idaman aku...
cos aku tinggi.. lebih tinggi dari dia...
aku tak leh dah pakai kasut tumit tinggi lagi...
kene carik sandal yg takda tumit...
nak wat cane kan..
hati dah mula berbunga :)
tapi aku berdoa..
agar bahagia ini berkekalan...
kerna aku masih lagi menunggu kata2 itu dari bibirnya sendiri...
aku tak sabar nak menanti!!!

Friday, July 21, 2006

Dila (lelaki)

hari ini, hari yg betul2 buat aku pening. dila, nama yang sudah terlalu lama terlukis dlm hati aku selama ini. sejak dibangku sekolah lagi (darjah 6) aku mula menyukai dia. aku sendiri yang berani menghantar surat cinta kepadanya. tapi masa tu budak2 lagi, so perasaan malu tu mmg takde. tapi dia punya ramai peminat. siapalah aku ni nak dibandingkan dgn budak pompuan lain masa tuh. ramai lagi yg cantik2..

lepas upsr, aku ke sekolah asrama. semuanya aku tinggalkan. semuanya aku lupakan.. jauh dari semua orang. aku jadi orang baru. kononnya nak lari dari semua ini.

selepas 5 thun, lepas spm, dia mula menghubungi aku. penah skali dia dtg ke rumah aku masa open house. aku sungguh gembira. terlalu gembira. walaupun pada masa tu aku masih lagi sedang bercouple dgn kmie.

aku ingat dia masih punya hati pada aku. rupanya aku masih lagi bertepuk sebelah tangan. aku hanya kawan biasa. tak lebih. aku teruk di marahi oleh aweknya pada masa tu sbb mengganggu hubungan mereka. aku tak tahu yg dia dah pun ada awek. sedih betul ati aku. lepas tu aku terus tak hubungi dia lagi. dia pun sama. aku terus ilang begitu jer. cuma aku doakan kebahagiaan mereka.

dah putus dgn kmie, aku putus pulak dgn zam. semuanya tak lama. setahun dua aja...

tapi hari ini... dila kembali semula dalam hidup aku... bagai nak tersentak jantung hatiku bila mendengar suara itu yg sudah terlalu lama ilang dari pendengaran. sikit pun aku tak letak harapan selepas 3 tahun dia tinggalkan aku mcm tu jer. semuanya dah padam.

tapi bila mendengar suaranya tadi, hati aku mula berkecamuk semula..byk cerita dari dia... cerita yang dia kini sudah ditinggalkan kekasihnya itu... dari gerak ceritanya, dia menyesal kerana membiarkan aku keseorang pada waktu itu. mmg pedih masa tu, sorang pun tak tahu. dia menyesal kerana selama ini dia tak pernah menghargai perasaan aku padanya satu waktu dulu. layanan dia waktu dulu terlalu keras. aku yang akan beralah jika dilayan begitu. akhirnya aku yang membawa diri. cinta tak kesampaian. orang dah tak nak, buat apa nak terhegeh2 lagi kan....

skrg.. saat ini... pilihan telah menjadi lebih berat...
abg khairul telah aku settlekan malam tadi... dgn sms aja, aku terangkan perkara sebenar. aku masih tak yakin dgn dia sbb kami terlalu jauh jarak dan terlalu baru usia perkenalan kami.
riz, aku hrp esok penentu segalanya.. aku hrp sgt dia akan luahkan isi hatinya pada aku. dan aku berkira2 akan terus berbincang dgnnya secara serius. klu dia tak brsedia nak bertunang, aku tak leh nak paksa. tapi aku hrp sgt... supaya dgn adanya ikatan dgn riz, aku akan dpt melupakan dila.... kerana aku tak nak terlalu lama berhubung semula dgn dila.. aku tak nak beri apa2 harapan pada dia.... dan paling aku takut, aku akan mula berubah hati pada dila semula... tak sampai ati aku nak lukakan hati suci riz jika dia benar2 inginkan aku sbg kekasihnya... biarlah.. tunggu esok, adalah penentu segalanya...

Tuesday, July 18, 2006

R...

akhirnya aku dah bertemu gak dgn dia... dia terlalu segan dgn perempuan. maybe. sbb bila aku dah marah2 dia dlm sms, baru lah dia berani nak jumpa. aku marah bukannya aku benci. cuma aku dah penat nak bkawan dgn dia lama2 tanpa berjumpa. ye la, at least jumpa la skali. aku nak gak tau camne rupa "kawan" aku selama ni yg selalu sms dan miscall aku. kenal dlm frenster jer. dia tak pic aku, aku tgk pic dia.

dia lurus. jujur. dari riak wajah dia aku tau. dia seorang yg terlalu tenang. xpernah aku jumpa kawan lelaki yg bila kuar dgn aku, ajak aku ke surau. dia nak solat. aku terkejut gak memula jumpa dia. aku terharu. terkedu sbb sikap dia yg bertanggungjawab itu. tanggungjawab terhadap tuhan. aku tak leh solat ari tu dan dia pun faham.

borak2.. dpt jumpa sekejap jer. tapi cukup bermakna bg aku. masa nak balik naik bas, kami bersms lagi. aku dpt tau yg nampak aku seakan tercari2 dia masa aku dah masuk ke dlm bas. rupanya dia peratikan aku dari celah2 bas seberang jalan. rupanya dia dah naik bas tetapi menyorok agar aku tercari2 dia. pandai betul dia. malu tapi mahu..

pertemuan ke 2 berjalan. kali ni baru aku dpt tgk dia dari depan. dia sungguh bersih. paling tak tahan adalah bibirnya yg merah tuh! susah nak jumpa lelaki berbibir merah tau. aku rasa geram jer tgk bibir dia. rasa nak cium jer. teruknya aku kan.

dia pulak segak berpakaian opis. aku pulak berbaju kurung. aku suke tgk tgn dia. bila dia selinsing lengan baju dia, jantung aku berdegup kencang. sungguh seksi. berbulu agak lebat. aduh. parah dah aku.

weekend ni dia ajak jumpa lagi. aku setuju. rancang nak naik kete dia pergi ke satu shopping complex ni. dia setuju. aku harap dia akan meluahkan isi hatinya pada aku nanti. dah yg pastinya, aku jua punya perasaan yg sama terhadapnya.

tak sabar aku nak bersalam dan mencium tgn nya.. boleh kan?
dan aku berkira2 utk dia berfikir masa depan kami bersama kerana aku tak kan mahu menunggu lebih lama.
mungkin aku akan tinggalkan abg khairul.. kerana aku tak yakin dgn kehadiran dia secara terburu2 utk ajak aku berkahwin. kerana sikap dia, aku rasa bukan sukakan aku, tapi rasanya sukakan tubuhku. nafsu semata!
abg ariff, perasaan itu dah lama hilang kerana kau sering bermain tarik tali dgn ku. aku tak berdaya lagi utk semua itu. lebih baik aku menerima R dlm hidupku kerana aku dpt nampak masa depan aku akan lebih cerah jika bersama R...
aku harap dia bersetuju dgn kehendakku nanti...
aku mahu mengikat tali pertunangan thn ini juga..
kerana aku tak mahu lagi terus mencari cinta..
inilah cinta sejati aku....

Sunday, July 16, 2006

Pedih

pedih ati aku bila aku dpt tau yg Lan sebenarnya dah ada gf. agaknya kalau aku tak tanya, sampai ke saat ini pun aku tak kan tau.. ntah2 sampai bila2. pandai betul dia rahsiakan dari aku. sakit betul ati aku saat dia bgth kat aku.

siapa Lan? kawan bermulanya di ym.. thn lepas.. dah masuk setahun kami berkawan. sering ym.. sms.. dah berjumpa 2 kali. ok orangnya. beriman. masa mula2 kenal, dia takda gf. single. so bila pertama kali berjumpa, aku terus terpikat dgn pesonalitinya. tenang. mula2 aku simpan jer perasaan tu. tapi lama2 aku tak mampu simpan lagi. dan akhirnya aku terpaksa luahkan kerana aku terlalu tertekan klu tak luahkan. tapi dia jawab dgn tenang. yg dia tak bersedia lagi utk bercinta. aku tak dpt berbuat apa2. tak kan nak paksa dia lak. so aku hormat keputusan dia. aku simpan jer perasaan tu. tak dpt berbuat apa.

bila kini dah masuk setahun kami berkawan, dia terlepas cakap agaknya. terbongkar segalanya. aku tahu, dia mmg cari peluang nak beritahu aku hal sebenar. sbb aku dah mula cite pada dia ttg abg khairul. mungkin dia sengaja curi peluang itu utk meredakan hati dia. mungkin. dia kata yg dia sebenarnya dah ada gf masa mula2 kami kenal dulu. cuma masa tu diorang tgh ada krisis bla bla bla. aku malas nak dgr lagi. aku ati sakit. rupanya selama ni aku telah berjaya memperbodohkan diri di depannya yg aku ingat masih single. huh.. malang aku kene tipu bulat2..
aku tak amik peduli dah. lantak lah.. yg penting skrg aku perlu focus pada perancangan aku.
aku dgn abg khairul tak bercinta. takda tarikh declare pun couple. tapi nanti mmg aku nak tanya dia betul2 lepas dia abih kursus minggu ni. aku nak ajak dia bercinta dulu. pastu boleh bincang apa yang patut. aku tak nak bercinta lama2. dia pun setuju.
mak aku ingat aku masih dgn kmie.. kekasih lama aku. tak mungkin. dia dah ada gf. mana mungkin dia mahu kembali ke pangkuanku yg telah dia sendiri putuskan. aku pun ada maruah. lepas berbincang dgn abg khairul minggu depan, aku akan kenalkan dia dengan mak ayah aku.
aku berkira2 nak bertunang dlm tahun ni jugak. mungkin lepas raya. tu kata mak aku pada aku semalam jika ada org nak, dia akan terima sapa sahaja. harap mak ayah aku terima calon suamiku itu nanti...

Thursday, July 13, 2006

Terdesak

Mmg aku terdesak. aku terdesak skrg ni. dgn impian seorang ibu. utk melihat aku bahagia. selepas hatinya hancur remuk di lakukan abgku sendiri. abg aku kawin lari. bersama seorang janda tiada anak. kawin di seberang pada Mac 2003. anaknya kini dah 2 thn usianya. namun baru tahun ini (1/1/06) kami tahu yg dia dah pun mempunyai seorang isteri dan seorang anak. remuk ati ibu aku tuh. sama macam ati aku. buat master.. blaja tinggi2. rupanya ini balasan abgku pada ibuku.. pada ayahku yg byk menolong mengeluarkan wang setiap bulan rm1k utk abgku... adilkah??

akak ipar ku dah mula tunjuk belang. duduk bersama keluargaku. bangun dah mula lambat.. setiap hari bangun tengahari.. ibuku pula yg jadi org gaji. membasuh semua pakaian2 termasuk pakaian menantunya. sampai seluar dlmnya pun ibuku basuhkan! adilkah??

aku malas nak cite byk.. makin cite makin sakit hati. yang aku tahu, harapan aku biarlah abg aku dan keluarganya pindah ke rumah baru diorang tuh. rumah tu hanya tunggu cf je utk diduduki. pindah lah... aku tak sanggup lagi tinggal sebumbung. ati ibuku dah terlalu remuk oleh sikap abgku sendiri. anaknya pula dah pandai memukul2 ibuku. abg dan kakak iparku boleh buat bodoh jer memandang. bukan nak dihalang budak tuh. aku rasa nak jer sepak budak kecik tu. memula aku sayang gak.. bila dah tinggal sebumbung nih, dgn sikap akak ipar aku yg berlagak pandai, aku dah makin benci dgn mereka. maaf, mmg aku benci walaupun dia adalah abg sedarah daging aku!

skrg aku terdesak. terdesak utk mencari teman hidup. ibuku dah berkali bertanyakan diri. aduhai.. siapalah aku nih. aku bukannya lelaki. aku perempuan. tak kan aku pula yg kene beriya2 mencari teman lelaki utk dijadikan suami. aku hanya mampu menunggu.. mungkinkah benar abg khairul ikhlas utk memperisterikan aku? atau itu hanyalah janji2 kosong yg ditaburkan? aku harap dia kotakan segala janji2 itu.
aku ikhlas menerimanya.. bukan sebab terdesak.. bukan sebab dah gatal nak berlaki. tapi sebab memikirkan ati ibuku. yang terlalu suci. dia nak tgk aku bahagia. sbb dgn perkahwinan aku sajalah yang dpt menutup mulut org2 kampung & sedara mara yg menghina keluarga akibat perbuatan abangku yg kawin lari....
korang suma tak kan faham... ati terlalu tertekan skrg... pedih....

Wednesday, July 12, 2006

Abg Ariff

Abg ariff.... sekarang baru nampak sikit tanda-tanda dia mulai sukakan aku. Iya ke? Sebabnya dia dah makin galak nak call aku... sms aku.. dah makin sering minta aku send gambar menerusi mms. Nape dia macam tu? Dia sukakan aku kah? kalau suka napa dari awal dia tak terus terang? napa bila hati aku mula terarah ke abg Khairul, dia pula yang muncul, seakan-akan mahu menarik perhatian ku semula? adakah kerana selama ini dia hanya mahu menguji aku?
memang.. memang selama ini aku sukakannya.. sebab dia terlalu mengambil berat ttg diri aku. Walaupun baru pernah sekali berjumpa, tapi aku dpt rasanya dia seorang yang baik. Mmg boleh dijadikan teman hidup. kenapa? sebab dia matang. jauh lebih tua dari aku. beza kami 7 tahun. kerjaya dia mmg tetap.. ada sebiji rumah sendiri malah mempunyai sebiji jazz...
aku tak pandang harta dia. yang aku pandang adalah hati budinya. raut wajahnya mmg tenang. seorang yang agak manja dan penyayang. pandai mengambil hatiku..
hujung minggu ini kami akan keluar bersama. dia berjanji utk membawa aku berjalan2 menaiki keretanya. Jazz.. mmg kereta idaman aku sejak dulu. entah bilalah kereta buruk wira aku tu akan bertukar menjadi jazz. hmmm...
dia akan benarkan aku membawa keretanya itu. aku hanya sekadar ingin melepaskan gian membawa kereta itu. kereta idaman yang tak kan mampu aku miliki.
aku cuma berharap.... masih tak terlalu lambat utk aku memilih....
siapa yang paling awal... itu lah dia...
sebab.. aku malas utk bermain perasaan ini lagi!!

Tuesday, July 11, 2006

Aku Sepi

Sepi lagi. Terasa sangat. Aku cuba untuk menceriakan hari-hari aku. Tapi gagal. Abg Khairul dah balik ke JB semula. Aku tinggal sendirian lagi. Tak puas rasanya aku dapat bersamanya. Masih lagi banyak jawapan yang aku inginkan dari bibirnya. Terlalu banyak soalan yang tak sempat keluar dari bibirku.
Abg akan selalu turun kl.
Abg akan bincang dengan ibu & kakak abg nanti.
Abg akan pindah keje ke kl lepas kita tunang nanti.
Abg akan pindah tempat stadi abg kat utmkl nanti.
Abg akan tukar no hp abg ke 012 nanti.
Abg akan....
Aaaahh!.... banyak betul janji2 dia padaku. benarkah? atau itu hanyalah janji2 manisnya? Aku keliru. antara percaya atau tidak. mungkinkah dia serius? atau sekadar ingin mengambil hatiku?
bila berjauhan begini, aku rasa takut. sbb aku tak pernah percaya dengan cinta jarak jauh? cinta? aku sedang bercinta? bila? perlukah ada declare utk bercinta? atau ianya berlaku secara automatik saja?
nak jer aku tanya betul2 kat abg.... tapi keadaan byk tak mengizinkan... aku lebih suka berbincang dlm keadaan tenang dan serius. aku tak nak main2...
ini soal hidup ..
soal masa depan aku...
soal masa depan aku bersamanya?
mungkinkah??
aku harap dialah jodoh aku...
kerana aku dah terlalu penat untuk mencari sebuah bahagia...

Monday, July 10, 2006

Risau

Sakitnya perut aku hari ni. Rasa loya nak muntah jer. Aku lapar. Aku haus. Tapi aku sakit nak bergerak. Dalam opis ni. Nak pegi ke bank pun tak larat. Semalam lepas jer jumpa abg khairul, aku terus balik umah. Rupanya aku dtg bulan. Cepat betul bulan ni. Patutlah aku rasa haus jer semalam.. asyik nak beli air jer...

Aku rindukan dia.. aku rindukan abg khairul.. suke kah dia pada aku? aku boleh terima jer kalau dia tak dapat menerima aku. Sebab aku sedar, aku mmg byk kekurangan. Aku tinggi, agak besar saiz tubuhku. berkulit cerah & licin, cuma... aku tidak punya hidung yang mancung seperti orang lain. Abg khairul punya segalanya. Hidungnya mancung, berkulit cerah bersih dan yang paling membuat aku teruja adalah anak matanya yang coklat itu. Sungguh mengasyikkan!

Senyap jer abg... masih lena di ulit mimpi agaknya...

Abg... kalau abg rasa 'terpaksa' menerima saya, baik jauhkan. Sebab saya tak pernah memaksa abg untuk memilih saya... Cuma abg perlu tahu satu perkara.... saya dah mula cintakan abg...
sepenuh jiwa saya....

Sunday, July 09, 2006

Abg Khairul

Akhirnya, aku jumpa gak dgn abg khairul.. sanggup dia dtg kl dari jhr semata2 nak jumpa aku. Aku yang berkali2 ajak dia jumpa. Sbb aku tak nak terus-terusan memendam rasa. Aku takut makin parah kalau tak bertemu.

Dia sampai di puduraya seperti yg dijanjikan. Aku terlambat hampir setengah jam gara2 aku terlewat utk mendapatkan bas. Akhirnya aku naik teksi dan kemudian terus naik star. Star pulak lambat bergerak sejak dari terminal pertama lagi. Risau betul aku. Abg khairul pula dah beritahu yg dia dah sampai pudu. Sian dia tunggu aku lama.

Akhirnya jumpa gak dia. Mmg serupa dlm gambar mms yg diberi. Ketinggiannya lebih kurang aku jer. Aku agak tinggi. Nasib baik dia tak lebih rendah dari aku. Cukup2 sesaiz jer dgn ketinggian aku.

Kemudian kami bergerak makan kat kfc depan puduraya tu. Aku tak brp selera. Tak tau apasal. Kat umah aku hanya jamah sikit jer nasi. Aku tak dpt habiskan cheesy wadges n burger tuh. Dia tlg mkn sikit. Aku tau dia lapar. Sian dia.

Mata dia tak lepas dari asyik pandang ke muka aku jer. Mata dia lawa. Brown. Kulit dia lebih cerah dari aku. Putih. Lebih putih dari aku… jelesnya aku!! Ehehe..

Pas borak2, aku ajak dia naik putra ke klcc. Aku nak ajak dia bersiar2. Sian dia jauh kene jalan. Aku pulak kemain bersemangat melangkah. Padahal panas terik. Muka aku ni rasa cam terbakar jer..

Aku kan, serius ckp, aku rasa nak pegang jer tangan dia. Tapi aku segan. Aku tunggu jer dia nak pegang tangan aku ke tidak. Sbb kami jalan beriringan, selalu tangan bersentuhan tak sengaja. Aku bukannya apa, ntah laaa… isk… aku terasa yg aku ‘kosong’.. mcm manusia lain, aku inginkan belaian.. dari seorang lelaki…. Itu jer.. tak lebih.. sbb aku masih punya maruah dan harga diri… background aku cukup kuat setakat ni….

Dia kata dia tak penah naik putra n star. So aku bawak la dia ke klcc naik putra. Kami tak dpt duduk, berdiri jer mengadap pintu. Masa dlm terowong, pintu tren tu membalikkan wajah kami. Aku tau dia asyik pandang aku.. aku sedar mata dia… Cuma aku jer yg buat2 tak sedar… aku biarkan dia lihat aku… aku tak berani nak membalas…

Sampai klcc, kami dok kat taman tu. Nasib baik cuaca ok.. redup. Kami borak2. aku tgk ic dia, dia tgk ic aku. Saje. Kami dok rapat. Aku suka layanan dia. Sungguh selesa. Aku rindukan mata dia…. Mata dia sgt cantik… brown..

Lepas hampir kul 530, aku ajak dia gerak ke pudu. Aku tak nak dia terlepas bas dia kul 630. sampai pudu dlm kul 6.00. so gi toilet dulu, pastu aku ajak dia gi beli kaset dewa jap. Bas dia lewat dlm 10 mnt. Aku turun sampai bawah antar dia.

Aku berat ati sungguh nak bagi dia pergi. Sbb aku tak puas berbual dgn dia. Masa dia melangkah nak naik, dia sempat patah balik ke arah aku… aku hulurkan tgn aku, dan bersalam dgn dia. Aku tunduk cium tgn dia. Menandakan aku menerima dia sepenuh jiwa aku…

Aku harap dialah yg terbaik buat aku…..
Ya Allah, jika benar dia jodohku, permudahkan urusan kami…
Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah hati kami…
Aku redha ….

Friday, July 07, 2006

Bingung

Ramai dah aku kawan...Aku seboleh nak luaskan pergaulan aku... Mana tahu, dari situ aku leh jumpa bahagia yang aku cari.. Aku mula dengan berjinak2 dgn dunia blog... dari situ aku kenal ramai...antaranya aku kenal L, W, Ry, Ri & A...

L.. aku kenal kat ym..dia yg tegur aku.. rajin layan aku... selalu main sms..kadang2 aku call... pastu jumpa... dah 2 kali jumpa.. 1st masa konvo uia..2nd masa gi aquaria... aku hepi sgt... lama2 aku rasa aku jatuh cinta dgn dia... dia pun tau, sbb aku jenis tak leh sorok perasaan aku... lastly, dia cakap baik2 dgn aku... dia tak leh bersama aku... aku sendiri tak tau alasannya.. tapi aku rasa dia rendah diri dgn aku.. ye la.. dia takat diploma jer.. aku degree... aku tak kesah tu sume.. tapi pada dia mbe penting... pedih gak sbb dia pk camtu... last2 aku pujuk jer ati aku... terpaksa buang perasaan tu jauh2.... kami still kawan...

W... bertuah sbb semua org berangan utk mendampinginya.. aku saja yg terpilih utk bertemu muka dgn dia.. org lain hanya kenal maya jer.. aku kenal dia in realiti... dia ada personaliti tersendiri.. aku suka sikap dia... selalu keluar bersama... aku selesa... sampai 1 tahap, aku jatuh cinta pada dia... dia pun tahu bila aku sering diasak pelbagai soalan... aku tak dpt sembunyikan perasaan aku sendiri dari pengetahuan dia.... cinta aku ditolak lagi...

Ry... dia tak seperti yang aku sangka pada awal perkenalan... rupanya dia adalah Bi. huh, terkejut. no wonder dia lain macam jer dgn kaum sejenis dia. paling teruk dia pun meminati W jugak! huh... nasib baik aku tak punya perasaan tu terhadap dia. eii geli aku. ntah apa nak jadi kat dia, aku tak tau. pelik, org yg suka kaum sejenis, ape yg dpt? dua2 ada yang sama? puas ker? tuhan melaknat tau org2 mcm nih. nauzubillah.
Ri... aku kenal dia dah lama. ntah sejak tahun lepas kot. aku pun tak ingat camna aku kenal dia. dia selalu sms aku... suke sgt miscal aku. 1 hari tu aku tgh bengang, aku marah2 dia. aku siap tanya dia apasal kerap sgt sms aku n miscal2 aku? ko suke kat aku ke? kalau suke, ckp jer. kalau tak suke, baik jgn buang masa n duit aku jer layan ko. sbb aku leh je terima dia kalau dia suka kat aku.... tapi dia senyap. tak kata apa pun.... tensen tul aku. ntah apa2 ntah.. tapi kitorang still kawan sampai skrg. lantak dia la nak jumpa aku ke tak. aku dah malas.

Abg Ariff... aku kenal dia dah lama. dah lama dia dlm list ym aku. cuma aku malas nak tegur dia. 1 hari dia tetiba tegur. so tukar2 no hp. tiap2 malam call aku. sms tak payah cite. byk gile. dia sukakan akukah? aku jumpe gak dia kat macro shah alam. 1st time jumpa, aku hrp dia sukakan aku. tapi dia mcm biasa. cuma dah jrg call aku. sibuk dgn WC atau tak sukakan aku, itu aku tak pasti... last2 aku diamkan jer perasaan aku tu. sbb aku tak rasa dia akan membalas cinta aku... dia dah 31thn.. masih bujang... katanya nak cari bini umur linkungan dia. tak berminat dgn umur2 mcm aku ni. masih budak2 katanya. aku diam. mmg betul dia takda perasaan pada aku. tapi napa dia layan aku selama ni? mcm beri harapan?

Kemudian, aku menyertai myjodoh... aku jadi pengguna berbayar. dengan harapan ada yg sudi berkenalan dgnku. mmg ramai yg antar mail. tapi semuanya tak memenuhi impian aku. ada yang duda anak 2, ada yg mahu cari bini ke 2. what the hell!! aku tak sanggup! aku nak cari yg bujang laaa!

then tak sangka pulak dpt 1 sms dari sorg kenalan. abg khairul dari JB. dia 'beli' sendiri no hp aku dari myjodoh. sanggup tuh. aku layan. bertukar gambar. belum jumpa lagi. tapi aku tak sabar nak jumpa dia. sbb aku tak sanggup melayan rindu aku pada org yg belum aku temui. pelik kan? merindu pada org jauh yg belum pernah bersua. tapi dia mcm terlalu serius dlm percakapan. ntah.... hrp2 dia jodoh aku. aku dah letih utk mencari cinta lagi....

Thursday, July 06, 2006

Cinta

Sudah terlalu lama aku keseorangan...
tanpa cinta
tanpa bahagia
adakah aku tak layak utk dikasihi?
utk dimanja?
utk dicintai?
aku terlalu sepi begini
cemburu bila melihat kawan2 lain yang bahagia....
pedih!!!!
hati aku terlalu kosong..
aku impikan sebuah kebahagiaan...
utk berkongsi segalanya...